Ingat Lagi Tak Kisah Benar Pemuda Hidup Selama 17 Tahun Dalam Kubur


 


harian metro - Pernahkah kamu dengar cerita ini? Ingat Lagi Tak Kisah Benar Pemuda Hidup Selama 17 Tahun Dalam Kubur

Cerita seorang pemuda yg hidup selama 17 tahun dalam kubur? Ni cerita betul. Jangan ingat dia tinggal di tempat yag dekat degn kawasan kubur. Tidak! Bukan macam yg kamu fikirkan. Dia tak tinggal di tempat yangg dekat dgn kubur tapi dia memang betul2 tinggal di dalam lubang kubur. Ni bukan kisah seram malam jumaat tapi ini kisah benar yg berlaku dlm masyarakat kita.

Macam mana ceritanya?

Kamu semua mungkin tak akan percaya cerita ni, sebab pemuda ni lahir dari keluarga berada. Ayah & ibunya orang yang terhormat dan memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Dalam pandangan masyarakat, kedua orang tua pemuda ini adalah orang tua yang sempurna namun orang hanya boleh menilai apa yang nampak di mata saja.

Orang ramai tak tahu yg kedua orang tua dihormati inilah yang memasukkan anaknya ke dalam lubang kubur dan menjalani hidup selama 17 tahun di dalam kubur.

Setiap hari sejak dia dilahirkan, si anak makan, minum dan tidur di dalam lubang kubur yang penuh kegelapan itu. Tiada langsung rasa bersalah dalam diri mereka atas perbuatan mereka.

Si anak hanya boleh menjalani apa yang diberikan kedua orang tuanya, tanpa membantah sedikit pun. Menjelang ulang tahun kelahiran si anak itu yang ke-17, kedua orang tuanya berjanji akan memenuhi apa pun permintaan si anak sempena hadiah hari lahirnya.

Si anak pun berfikir, inilah masanya dia ingin meminta satu permintaan yg didambakannya selama ini. Dia tak ingin lagi tinggal di lubang kubur itu, walaupun diberi makan dan pakaian yg cantik tapi dia tak mahu selamanya hidup di dalam lubang kubur. Tapi apakah orang tuanya akan memenuhi permintaannya?

Hari itu pun tiba. Si anak menyambut hari lahirnya yang ke-17. Kedua orang tuanya datang menghampiri dan bertanyakan hadiah apa yang dia inginkan.

Si anak menjawab, “Ayah, Ibu…saya tak mahu minta banyak, saya nak minta satu perkara saja.”

“Apa, Nak? katakan saja, Ayah dan ibu pasti akan penuhi permintaanmu.”

“Janji?”, si anak meminta kepastian.

“Tentu, nak. Ayah dan ibu berjanji akan memenuhi permintaanmu..”

“Ayah…Ibu…sebenarnya saya tidak mahu lagi tinggal di dalam lubang kubur ni.”

“Apa? Apa maksud kata2mu itu nak?”, ayahnya bertanya kehairanan.

“Ayah dah janji nak penuhi permintaan saya kan? dan hanya itu permintaan saya..”

“Ya betul. Ayah dah janji…tapi...tapi ayah tak paham....”

“Ayah, sudah 17 tahun saya tinggal di sini, tapi tak pernah pun saya mendengar ayah atau ibu membaca Al-Qur'an. Sedangkan Rasulullah saw pernah mengatakan bahawa rumah yang tidak pernah dibacakan Al-Qur'an di dalamnya adalah seperti kuburan. Saya tak mahu tinggal di dalam kubur ni lagi..”

Si ayah dan ibunya terdiam.

“Ayah dan Ibu tak pernah mengajar saya bagaimana membaca Al-Qur'an. Ya..memang rumah ini mewah, besar dan orang ramai melihatnya sebagai istana yang gah. Tapi mereka tak tahu, bahawa di mata Rasulullah saw, rumah ini tak lebih macam kubur. Jika ayah dan ibu tak mahu menepati janji memenuhi permintaan saya tak mengapa tapi ajarlah saya membaca Al-Qur'an, agar rumah ini bercahaya dengan cahaya Al-Qur'an."

Renungan untuk kita selepas baca cerita kat atas : Selama ini di manakah kita ini makan, minum, tidur dan menetap? di rumah kayu? Rumah taman? Rumah banglo? atau di dalam lubang kubur? kerana Rasulullah saw mengibaratkan rumah yang tidak pernah dibacakan Al-Qur'an di dalamnya, rumah itu seperti kubur...


Post a Comment