Jom lihat Gambar Wajah-wajah Terkini Waris Mahsuri Yang Sangat Cantik !!!

Jom lihat Gambar Wajah-wajah Terkini Waris Mahsuri Yang Sangat Cantik !!! Ini dikatakan adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi. Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis & dia kini jua bertudung...
Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira 2 tahun lepas. Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan. Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil...





Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan...


Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel...


Genealogi :
Mahsuri
Wan Agim
Wan Hakay
Wan Hussein
Wan Hasheen / Chern Yayee
Wan Nawawi / Suwan Yayee
Wan Aishah / Sirintra Yayee

Ibunya Wan Sumaini binti Karim / Sunee Doomlak juga keturunan Mahsuri...

Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.
Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia...

Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam...

Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia...
Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara...

Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi...



sumber:sana ke sini

Post a Comment