MAYAT ISTERI PENZINA DIPENUHI LINTAH-KISAH BENAR
sekadar hiasan |
KISAH BENAR - MAYAT ISTERI PENZINA DIPENUHI LINTAH (TAKUTNYA>>) |cerita azab seorang isteri yg suka berzina (seks)
dgn lelaki lain,kisah ini di ambil dari kisah benar yg
di ceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En.
Idris Zakaria yg kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas,
Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah
tangga & masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari
kes-kes yg telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan
pengajaran darinya.
“Dalam saya merawat seorang pesakit,
saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang.
Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak.
Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih & memiliki
bentuk badan yg menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dgn cara
berniaga kecil-kecilan iaitu dgn menjual beras seludup dari Thailand
bagi membantu suami yg ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.
Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan
nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak
tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut & menurut apa sahaja
kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai
ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap
Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin baik & jujur orangnya dan tidak
banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan
kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk
sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang
Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar kampung Jamilah
melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar
boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yng
menampakkan sedikit mewah dengan gelang & rantai emas yg banyak pada
tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan
mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yg ingin tahu bagaimana dia
bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak
semewah Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yg mengintip
setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia
Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan
di sempadan maka tertangkap beberapa orang yg cuba menyeludup masuk
beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian
nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan
muka yg senyum & beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke
Malaysia. Beberapa orang lain yg menyeludup masuk beras terpaksa
membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati
rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas
sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh
beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari
mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan
Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua
bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri
ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi
berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika
berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya
sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah
mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah
Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan
yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh
orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan
perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin
telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita
sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga
tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih
bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping
minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh
isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat
dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun kemudian Jamilah
diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk
sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak
yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti
anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum
nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya
terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut
merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas
terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti biasa orang
kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan
liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik
sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati
panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat
Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih
tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang
lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar
biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan
lagi liang lahadnya.
Setelah semua keluarga pulang ke rumah
tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga.
Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya
itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad
pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama
mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya
itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali
kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam
dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali semula, alangkah
terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya
sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti
lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin
mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama
itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah
tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa
dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya
untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah
itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti
lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami
menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat membayangkan akan
apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu.
Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh
sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah
sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas
kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab
pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi
isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita
nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak
tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar
isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui
akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka
sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa
hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah…
Post a Comment